Tuesday, November 27, 2012

apekah ini???

Tetiba mood menulis ada mari. Sebenarnya aku menulis ni sambil di belenggui rasa bersalah tau. Aku patut buat assignment, tulis proposal, tapi aku tak reti buat. Tetapi jejari aku yang tak berapa nak runcing ni nak menaip jugak, tapi aku siyes tak tau nak buat. Dan akhirnya aku end up di sini T___T. jadi yang bersalah di sini kerana mengupdate blog ketika assignment banyak bukanlah aku, sebaliknya jejari ku yang gatal. Aku memang, tulis benda tak berfaedah laju je engko kan, wat assignment ada la dapat 1 huruf 1 hari, camni camno proposal ko nak siap???? Assignment banyak sampai satu hari aku rasa nak quit je master ni, hui tekanan betol. Tula orang nak amik master ko pon nak jugek, orang lain sah2 la rajin dan bermotivasi, ko tu cam habiskan duit simpanan yo. Hui tekanan aku dengar hati sendiri cakap camni. Sekarang week 12 adalah masa untuk menghantar assignment, dan setiap kelaz kena present. Camno aku nak bahagi masa nak buat assignment, slides lagi, practice cakap sowang2 lagi, apakah sume ni??? Dat’s why la aku sangat marah kalau ada orang senang2 beli master. Ko ingat nak dapat master ni senang? Ko pulak hulur duit je dapat dah kan? Ko tau tak ada yang masuk sepital tau sebab stress sangat! Aku emo ni tau tak sebab proposal aku tak jalan2 lagi. Pulak tu encik tunang tiba2 nak datang minggu depan nak ajak beli barang2 kawen. Haah kan, sebab master ni aku tak ingat aku tinggal berapa bulan je lagi nak tawen, malu la tite camni (geli muntoh!). dah tu cik abe bakpo la mu date tyme2 adek banyok assignment ni huwaa..nak tak bagi takut tecik hati. Adakah aku perlu membawak laptop sambil kuar beli barang tawen? Jadi maybe tyme cik abe tengah pilih barang2, aku bole duduk di satu sudut sambil menyiapkan keroje ku, 2 in 1 bebeh, tawen pon nak, tapi assignment jalan, cara tak? Merepek banyak ni, assignment ku memanggil2 sambil buat flying kiss. Eh tapi kan internet macam laju ini malam, apekah maksud nye? Bukak youtube jap, layan maharaja lawak mega jap, ala jap tau cik esemen, you dok diam2 atas meja k, japg I layan you.pffftttttt

Wednesday, June 20, 2012

Dpli/Kpli, betul ke susah?

Dpli/ kpli, betul ke susah? Assalammualaikum. Hai dah kenapa aku tiba2 tulis pasal kpli/dpli padahal ni bukan musim dia pun. Bukan, actually aku baru terbaca satu blog ni, entry dia ada ramai orang komen, kata kpli/dpli ni susah testnya sampai 4 5 kali ambik baru lepas. Hoi hoi tukang komen kau dah pernah ambik ke kpli/dpli ni? Aku dah pernah ambik dua2 ok, kau ada? Kau tak ada jadi jangan berani komen sebab orang macam kau ni melemahkan semangat orang2 yang betul2 nak jadi cikgu. Nanti dalam mind set dia orang, “kpli ni test nya susah boleh ke aku lepas?” Jawapannya ialah, iya memang susah! Frustrating kan sebab kau orang ingat aku nak cakap senang. Aku tak nak tipu, tipu tu berdosa. Kpli punya test memang susah bak hang. Soalan math dia siap ada kira luas isipadu sfera tanpa guna kalkulator. Aku memang la ingat formulanya tapi dulu masa form 5 aku guna kalkulator. Dan soalan analitikal nya agak kritikal, habis kertas soalan aku lukis, gambar arnab kambing semua terkeluar semata2 aku nak jawapan yang jelas (soalan analitikal memang kena lukis beb, kalau kau dok imagine tanpa lukis sampai besok pagi pon kau tak dapat jawapan). Tapi despite all these kesusahan, aku managed to pass the test sekali je, maksudnya kalau kau betul2 ada will, insyaAllah kau lepas. Biarlah kritikal mana pon soalan nya, yang penting kau usaha. Jangan la nak datang test kpli tu tangan kosong. Study la balik buku math kau yang dah berhabuk tu. And benda ni advantage sebenarnya untuk math/ engineering graduates, sebab benda asas math ni memang dia orang ada dalam kepala. Macam aku yang bukan math graduate ni, memang selongkar almari balik la cari buku math form 5. And for dpli, mashaAllah siapa yang kata test dia susah memang nak kena hempuk. Soalan dia pasal sahsiah diri je. Tak ada math2 ni semua. Masa nak jawab jadi diri sendiri je. Sebagai contoh soalan dia ‘saya seorang yang tidak gemar bergaul, ya/tidak’ kau pun hitamkan tidak sebab kau takut examiner tu condemn kau, in fact yang hakikat kau memang tak suka bergaul pun. Tapi kat soalan2 belakang, dia akan trick kau dengan soalan yang meaning nya sama tapi dia rephrase dengan words lain, contoh ‘saya amat mudah didekati, ya/tidak’ kau pun hitamkan tidak sebab kau rasa kadang2 kau ni reserve orang nya. Sekarang ni jawapan kau yang ni dah kontra dengan jawapan yang tadi. Jadi dia dah dapat kesan kau tu menipu. So jangan menipu. Kalau kau tak suka bergaul, jawap je ya, tak ada betul atau salah pun. Kalau kau menipu berkemungkinan kau akan fail. Mana yang fail pergi test dpli tu, maybe kau banyak sangat menipu tak? So siapa yang teringin nak ambik dpli or kpli, just go for it. Dengar la cakap aku ni, memang ada orang yang lepas the test dengan sekali go je. wassalam