Sunday, June 16, 2013
Sunday, March 3, 2013
my partner-in-crime is getting married!
aku kenal A mase form 1, up to form 5. buat macam2 benda, ponteng prep la, itu, ini. ada sekali tu masa nak trial pmr aku ngan A decided to ponteng prep, tapi kitorang macam takut2 ayam sikit sebab banyak lagi subjek tak cover (tapi nak jugak tu ponteng prep, hadui). last2, aku ngan A bawak buku text gi belakang bangunan hostel, ade cam lampu koridor malap2 sikit situ, kitorang pon baca buku situ. macam ppffftt. kalau ada mesin doraemon bole time travel ke masa tu, aku nak je pegi marah, kan ke senang pegi je prep, lampu terang, selesa. apa la yang kitorang pk masa tu, tapi tu sume kenangan. pastu masa form 5 aku dah insaf buat kerja2 jahat, aku pon study sungguh2. selalu lepak bilik A (sebab kitorang adalah lain bilik). pastu masa prep aku selalu pegi klaz A (sebab A adalah pandai dan masuk klaz science, aku akibat bengap dan selalu ponteng prep, dapat la masuk klaz akaun saja).
dan kadang2 kacau A mintak dia ajar math. kenangan..
habis form 5, aku ke universiti tanah suci, dan A ke UITM. masih lagi contact, share2 cam dulu walaupun dah apart. tapi aku ada sikit silap masa tu. masa masuk universiti tanah suci, aku knal abe. bila dah knal abe, aku jadi jarang contact A, ade la dalam once in a while. aku dalam dunia aku je,dan aku admit aku adalah kawan yang agak kong ajo di situ. sory A.
tiba2 dah lama tak contact, masa tu umur 22 tahun kot, tengah degree lagi. aku dapat mesej dari A. dia cakap ayah dia dah meninggal. aku macam terdiam, aku cam taktau nak buat apa. aku rasa macam jahat dan rasa aku ni sebenarnya bukan kawan pon. macam2 aku rasa sebab aku tau A adalah sangat manja dengan ayah dia. aku pon call A. dalam phone kitorang nangis2=(. A cakap dia tengah final exam masa tu, memang tak baca buku langsung,tapi dia kena jugak balik uitm sebab ada lagi paper tak habis. aku nasihatkan dia tenangkan diri dulu, discuss ngan admin untuk amik special exam. tapi A nak pegi jugak. A, you are stronger than your look. kalau aku, confirm tak dapat pegi dah, repeat pon repeat la. aku tak sekuat A.
sekarang aku masih di universiti tanah suci, A dah keje, dan dia dah nak kahwin. dulu selalu sembang siapa antara kitorang yang kahwin dulu. A selalu teka aku kahwin dulu sebab aku kan gatal2 ayam sikit, A adalah sangat behave heee. tapi kuasa Tuhan siapa dapat menolaknya. I'm happy for you, and I'm glad that we are going to end our single life in the same year, tapi of cos la u dulu.
semoga bahagia A! you are not lucky to have him, instead he is lucky to have you!