Wednesday, April 30, 2014

Penyakit dengki ni penyakit hati. Penawarnya ialah berlapang dada.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya sekarang ni tengah menghadapi krisis. Tak tahulah saya emo kerana pembawakan budak ke, or saya memang semulajadi nya emo. Saya sedang berhadapan dengan orang yang berpenyakit dengki, iri hati, busuk hati, jealousy, dan semua yang sewaktu dengan nya. Seseorang yang tak boleh tengok orang lain senang or maju lebih daripada dia. Padahalnya dia pon kalau nak maju or senang pon boleh, Cuma kena usaha, kalau taknak usaha pon tak apa, jangan lah dengki dengan orang yang tengah berusaha memajukan diri sendiri. Saya jadi naik hairan, saya buat apa2 saya tak ada pinjam duit dia, saya sambung master pon saya usaha mintak biasiswa mybrain15. Bila dia tersangat2 dengki, saya macam jadi terfikir, dia marah sangat ni sebab saya ada pinjam duit dia ke? Fikir2 semula memang tak ada. Masa saya 1st sem master, memang belum dapat Mybrain sebab terapply lewat, duit yuran lebih kurang 3k kena setel cepat before admission. Saya pergi Tabung Haji, keluarkan duit yang saya simpan untuk ke Tanah Suci, buat bayar yuran. Sikit pon saya tak ada minta2 duit orang. Pada saya biarlah duit simpanan saya jadi sikit dari minta2 or hutang orang. Mak abah memang sangat baik hati nak offer bayar, tapi saya decline, sebab saya malas nanti ada mulut2 (terutama dari si dia yang dengki ni) cakap “duit tak ada tapi nak sambung master, yuran pon mak abah bayar”. Untuk mak abah, sayang mak abah berdua, saya akan habiskan thesis saya, dan saya akan hadiahkan untuk mak abah. Pasal master ni pon jadi masalah juga pada si pendengki ni. Saya dh almost 2 years buat master. Saya buat mixed-mode, separuh coursework dan separuh thesis (thesis ya bukan project paper). Tapi masih belum Nampak bila nak habis. Si dengki dengan bongkak nya cakap “kalau aku, aku boleh setel master ni setahun je”. Memang kau boleh habis setahun je, itu pun kalau kau ambil coursework only and 1 sem ambik la 6 subjects (which is harap kau tak pergi mental hospital jela sebab saya paling banyak penah ambik 4 subjects pon dh sakit jiwa). Dia siap samakan saya dengan kawan sekerjanya yang dah beranak berapa ntah, tapi tetap dapat habis master cepat. Dengan secara halusnya nak kata saya belum beranak pinak tapi tulis thesis lambat. Itu yang saya hairan. Dia tak tahu pon master ni ada terbahagi kepada beberapa mode. Tak adil kalau kau nak bandingkan orang yang amik full coursework dengan orang yang amik full research. Ilmu pasal mode2 master ni pon kau belum ada, kau cakap berasaskan apa? Sebenarnya si pendengki tak pernah tahu pasal benda2 yang saya achieved masa degree. Dia tak mahu dengar semua tu. Dia tak tahu pon saya ada sijil dean’s list (walau pun tak dapat setiap sem), dia taknak tahu CGPA saya, yang saya terus dapat kerja yang saya nak right after graduated, benda2 baik dia tak nak tahu. Tapi benda2 tak baik, macam sekarang saya jobless, tulis thesis lambat, dan macam2 lagi, dia hafal dan jadikan benda tu untuk attack saya balik. Orang lain pon pernah kena mangsa pendengki ni jugak. Contoh, abang saya nak bukak perniagaan, dia kutuk dan kata nanti tak untung. Nampak tak? tapi dalam ramai2 saya dia Nampak macam the biggest threat. Saya akhirnya simpulkan, yang dia sebenarnya sakit.dan saya rasa kesian yang teramat sangat. Bila saya rasa kesian, perasaan marah saya jadi kurang. Saya maafkan apa yang dia kata pada saya. Saya anggap yang dia jadi macam tu sebab dia susah nak dapat apa yang dia nak dari kecik. Nak ambik degree pon susah sebab result STPM nya tak berapa sangat, dah dapat degree masalah kerja pulak. Dapat masuk government pon after beberapa kali exam. Mungkin sebab tu, sebab dia tak pernah dapat direct apa yang dia nak. Jadi saya maafkan kamu atas sebab itu. Tapi husband kata lain. Husband kata, semakin susah seseorang itu nak dapat apa yang dia nak, sepatutnya dia semakin down to earth. Hmmm dear husband, tak semua orang macam tu, ini kes terpencil namanya. Till then, assalammualaikum…