Sunday, May 4, 2014

My journey to motherhood

Assalammualaikum.
Pagi tadi pegi scan 2d, actually kena scan minggu lepas, tapi since minggu lepas saya dan husband pegi KL, tak jadi appointment ngan klinik kesihatan. Jadi buat scan sendiri2 je kat klinik swasta, and gambor scanning tu kena bagi pada klinik kesihatan, camtula. Pegi2, dah Nampak banyak dah perkembangan anak bonda ni. Rasa nak menangis je. Tambah pegi swasta ni doctor explain satu-satu bahagian badan fetus, jadi kita pon akan cepat faham. Aritu kat klinik kesihatan kerajaan, doctor scan, pastu cakap kandungan sihat, print gambor, bagi saya. Saya tak faham gambor tu, yelah, nak jugak tahu otaknya di mana, heartbeats okay tak, sume tu tak ada pon doctor cakap. Tapi saya Cuma bersangka baik, maybe doctor nak cepat sebab banyak patients lain lagi. Klinik swasta patients tak banyak.

Semalam yang paling mengujakan saya ialah tengok heartbeats dia ;)… hampir saya mengalirkan air mata kat situ. Dalam pada masa yang saya bersyukur sebab Allah SWT anugerahkan this tiny little heart dalam womb saya. Macam tak percaya dalam badan saya ada 1 lagi jantung yang sangat bergantung pada saya, apa yang saya makan dia makan, kalau yang baik yang saya makan, yang baik lah yang dia serap. Sorry sayang, pasni bonda akan konsisten makan yang baik-baik saja, dan cuba untuk tak skip vitamin (kadang-kadang terskip sebab terlupa, poor my baby ;( )

Tulang belakangnya dah jadi dan terbentuk sempurna, Alhamdulillah sangat2 sebab bonda selalu risaukan tulang anak bonda. Yelah saya memang tak minum susu, tapi demi this tiny heart, saya gagah jugak minum, walau pun selalu rasa nak muntah pas minum tu. Sekarang saya top-up lagi jumlah kalsium dalam badan saya dengan pil ostematrix Shaklee. Harap cukup lah untuk anak bonda bina tulang temulang dia.

Actually sejak balik dari KL aritu saya rasa sikit risau. Sebabnya perjalanan dari KL ke Kelantan adalah sangat2 menakutkan. Berlubang jalannya sana sini. Husband dah bawak habis perlahan pon kadang2 terhentak jugak. Husband siap lapik kan tempat duduk saya dengan toto, tapi tetap juga terasa sikit2. Saya jadi risau. Ada sekali tu masa berenti kat hentian mana ntah, ari-ari saya sakit sangat2. Husband berenti tu sebab nak solat maghrib. Saya request boleh tak duduk lama sikit dalam kereta sebab saya macam tak boleh berjalan. Masa tu saya dah menangis teruk dah. Bukan menangis sakit, sebab kalau sakit macam mana pon, demi this tiny heart saya akan tahan juga. Saya menangis sebab takut. Takut that my womb is not strong enough to carry the baby. Tapi Alhamdulillah, the tiny heart him/herself is very strong. Masa scan after balik KL ni, semuanya sihat je. Saya Nampak hidung dia, telinga dia, mata belum berapa Nampak lagi sebab dia baring mengadap badan bonda, jadi wajahnya tak nampak. Kakinya bersilang, amboi ikot perangai siapa ni tidur sambil silang kaki hehe.

Berat baby masih belum tahu sebab doctor kata badannya kecik sangat. Doctor siap kata “mama dia ni yang kurus”. Aik, saya rasa saya dah gain weight banyak dah ni, kurus lagi ke doctor?? Memang diakui 3 bulan pertama berat saya turun sangat2 sebab alahan, sehari 3 atau 4 kali muntah, tapi bila 1st trimester dah berlalu, selera saya jadi okay balik, tu sebabnya saya ingat saya dah gain weight.

Okay lah, bonda nak pegi makan vitamin ni, take care people.

Wednesday, April 30, 2014

Penyakit dengki ni penyakit hati. Penawarnya ialah berlapang dada.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya sekarang ni tengah menghadapi krisis. Tak tahulah saya emo kerana pembawakan budak ke, or saya memang semulajadi nya emo. Saya sedang berhadapan dengan orang yang berpenyakit dengki, iri hati, busuk hati, jealousy, dan semua yang sewaktu dengan nya. Seseorang yang tak boleh tengok orang lain senang or maju lebih daripada dia. Padahalnya dia pon kalau nak maju or senang pon boleh, Cuma kena usaha, kalau taknak usaha pon tak apa, jangan lah dengki dengan orang yang tengah berusaha memajukan diri sendiri. Saya jadi naik hairan, saya buat apa2 saya tak ada pinjam duit dia, saya sambung master pon saya usaha mintak biasiswa mybrain15. Bila dia tersangat2 dengki, saya macam jadi terfikir, dia marah sangat ni sebab saya ada pinjam duit dia ke? Fikir2 semula memang tak ada. Masa saya 1st sem master, memang belum dapat Mybrain sebab terapply lewat, duit yuran lebih kurang 3k kena setel cepat before admission. Saya pergi Tabung Haji, keluarkan duit yang saya simpan untuk ke Tanah Suci, buat bayar yuran. Sikit pon saya tak ada minta2 duit orang. Pada saya biarlah duit simpanan saya jadi sikit dari minta2 or hutang orang. Mak abah memang sangat baik hati nak offer bayar, tapi saya decline, sebab saya malas nanti ada mulut2 (terutama dari si dia yang dengki ni) cakap “duit tak ada tapi nak sambung master, yuran pon mak abah bayar”. Untuk mak abah, sayang mak abah berdua, saya akan habiskan thesis saya, dan saya akan hadiahkan untuk mak abah. Pasal master ni pon jadi masalah juga pada si pendengki ni. Saya dh almost 2 years buat master. Saya buat mixed-mode, separuh coursework dan separuh thesis (thesis ya bukan project paper). Tapi masih belum Nampak bila nak habis. Si dengki dengan bongkak nya cakap “kalau aku, aku boleh setel master ni setahun je”. Memang kau boleh habis setahun je, itu pun kalau kau ambil coursework only and 1 sem ambik la 6 subjects (which is harap kau tak pergi mental hospital jela sebab saya paling banyak penah ambik 4 subjects pon dh sakit jiwa). Dia siap samakan saya dengan kawan sekerjanya yang dah beranak berapa ntah, tapi tetap dapat habis master cepat. Dengan secara halusnya nak kata saya belum beranak pinak tapi tulis thesis lambat. Itu yang saya hairan. Dia tak tahu pon master ni ada terbahagi kepada beberapa mode. Tak adil kalau kau nak bandingkan orang yang amik full coursework dengan orang yang amik full research. Ilmu pasal mode2 master ni pon kau belum ada, kau cakap berasaskan apa? Sebenarnya si pendengki tak pernah tahu pasal benda2 yang saya achieved masa degree. Dia tak mahu dengar semua tu. Dia tak tahu pon saya ada sijil dean’s list (walau pun tak dapat setiap sem), dia taknak tahu CGPA saya, yang saya terus dapat kerja yang saya nak right after graduated, benda2 baik dia tak nak tahu. Tapi benda2 tak baik, macam sekarang saya jobless, tulis thesis lambat, dan macam2 lagi, dia hafal dan jadikan benda tu untuk attack saya balik. Orang lain pon pernah kena mangsa pendengki ni jugak. Contoh, abang saya nak bukak perniagaan, dia kutuk dan kata nanti tak untung. Nampak tak? tapi dalam ramai2 saya dia Nampak macam the biggest threat. Saya akhirnya simpulkan, yang dia sebenarnya sakit.dan saya rasa kesian yang teramat sangat. Bila saya rasa kesian, perasaan marah saya jadi kurang. Saya maafkan apa yang dia kata pada saya. Saya anggap yang dia jadi macam tu sebab dia susah nak dapat apa yang dia nak dari kecik. Nak ambik degree pon susah sebab result STPM nya tak berapa sangat, dah dapat degree masalah kerja pulak. Dapat masuk government pon after beberapa kali exam. Mungkin sebab tu, sebab dia tak pernah dapat direct apa yang dia nak. Jadi saya maafkan kamu atas sebab itu. Tapi husband kata lain. Husband kata, semakin susah seseorang itu nak dapat apa yang dia nak, sepatutnya dia semakin down to earth. Hmmm dear husband, tak semua orang macam tu, ini kes terpencil namanya. Till then, assalammualaikum…