Tuesday, November 27, 2012
apekah ini???
Tetiba mood menulis ada mari. Sebenarnya aku menulis ni sambil di belenggui rasa bersalah tau. Aku patut buat assignment, tulis proposal, tapi aku tak reti buat. Tetapi jejari aku yang tak berapa nak runcing ni nak menaip jugak, tapi aku siyes tak tau nak buat. Dan akhirnya aku end up di sini T___T. jadi yang bersalah di sini kerana mengupdate blog ketika assignment banyak bukanlah aku, sebaliknya jejari ku yang gatal. Aku memang, tulis benda tak berfaedah laju je engko kan, wat assignment ada la dapat 1 huruf 1 hari, camni camno proposal ko nak siap????
Assignment banyak sampai satu hari aku rasa nak quit je master ni, hui tekanan betol. Tula orang nak amik master ko pon nak jugek, orang lain sah2 la rajin dan bermotivasi, ko tu cam habiskan duit simpanan yo. Hui tekanan aku dengar hati sendiri cakap camni. Sekarang week 12 adalah masa untuk menghantar assignment, dan setiap kelaz kena present. Camno aku nak bahagi masa nak buat assignment, slides lagi, practice cakap sowang2 lagi, apakah sume ni???
Dat’s why la aku sangat marah kalau ada orang senang2 beli master. Ko ingat nak dapat master ni senang? Ko pulak hulur duit je dapat dah kan? Ko tau tak ada yang masuk sepital tau sebab stress sangat! Aku emo ni tau tak sebab proposal aku tak jalan2 lagi.
Pulak tu encik tunang tiba2 nak datang minggu depan nak ajak beli barang2 kawen. Haah kan, sebab master ni aku tak ingat aku tinggal berapa bulan je lagi nak tawen, malu la tite camni (geli muntoh!). dah tu cik abe bakpo la mu date tyme2 adek banyok assignment ni huwaa..nak tak bagi takut tecik hati. Adakah aku perlu membawak laptop sambil kuar beli barang tawen? Jadi maybe tyme cik abe tengah pilih barang2, aku bole duduk di satu sudut sambil menyiapkan keroje ku, 2 in 1 bebeh, tawen pon nak, tapi assignment jalan, cara tak?
Merepek banyak ni, assignment ku memanggil2 sambil buat flying kiss. Eh tapi kan internet macam laju ini malam, apekah maksud nye?
Bukak youtube jap, layan maharaja lawak mega jap, ala jap tau cik esemen, you dok diam2 atas meja k, japg I layan you.pffftttttt
Subscribe to:
Comments (Atom)