Sunday, June 16, 2013

rindu rumah, rindu taiping, rindu semua yang ada di sana, i want to go home... somehow, somewhere, i feel i don't belong here. indeed, i don't need the presence, but the absence that i miss :(

Sunday, March 3, 2013

my partner-in-crime is getting married!

Assalamualaikum..... Baru-baru aku menerima jemputan kawen dari partner-in-crime ku masa sekolah dulu. mak terkejut noks! bukan terkejut pasal apa, sebabnya my friend ni adalah sangat reserve when it comes to her love life. benda lain dia bole share, tapi bila part mencari the other half ni dia tak bercerita sangat (atau mungkin dengan aku je kot dia tak bercerita, sob!)
aku kenal A mase form 1, up to form 5. buat macam2 benda, ponteng prep la, itu, ini. ada sekali tu masa nak trial pmr aku ngan A decided to ponteng prep, tapi kitorang macam takut2 ayam sikit sebab banyak lagi subjek tak cover (tapi nak jugak tu ponteng prep, hadui). last2, aku ngan A bawak buku text gi belakang bangunan hostel, ade cam lampu koridor malap2 sikit situ, kitorang pon baca buku situ. macam ppffftt. kalau ada mesin doraemon bole time travel ke masa tu, aku nak je pegi marah, kan ke senang pegi je prep, lampu terang, selesa. apa la yang kitorang pk masa tu, tapi tu sume kenangan. pastu masa form 5 aku dah insaf buat kerja2 jahat, aku pon study sungguh2. selalu lepak bilik A (sebab kitorang adalah lain bilik). pastu masa prep aku selalu pegi klaz A (sebab A adalah pandai dan masuk klaz science, aku akibat bengap dan selalu ponteng prep, dapat la masuk klaz akaun saja).

dan kadang2 kacau A mintak dia ajar math. kenangan..
habis form 5, aku ke universiti tanah suci, dan A ke UITM. masih lagi contact, share2 cam dulu walaupun dah apart. tapi aku ada sikit silap masa tu. masa masuk universiti tanah suci, aku knal abe. bila dah knal abe, aku jadi jarang contact A, ade la dalam once in a while. aku dalam dunia aku je,dan aku admit aku adalah kawan yang agak kong ajo di situ. sory A.

tiba2 dah lama tak contact, masa tu umur 22 tahun kot, tengah degree lagi. aku dapat mesej dari A. dia cakap ayah dia dah meninggal. aku macam terdiam, aku cam taktau nak buat apa. aku rasa macam jahat dan rasa aku ni sebenarnya bukan kawan pon. macam2 aku rasa sebab aku tau A adalah sangat manja dengan ayah dia. aku pon call A. dalam phone kitorang nangis2=(. A cakap dia tengah final exam masa tu, memang tak baca buku langsung,tapi dia kena jugak balik uitm sebab ada lagi paper tak habis. aku nasihatkan dia tenangkan diri dulu, discuss ngan admin untuk amik special exam. tapi A nak pegi jugak. A, you are stronger than your look. kalau aku, confirm tak dapat pegi dah, repeat pon repeat la. aku tak sekuat A.

sekarang aku masih di universiti tanah suci, A dah keje, dan dia dah nak kahwin. dulu selalu sembang siapa antara kitorang yang kahwin dulu. A selalu teka aku kahwin dulu sebab aku kan gatal2 ayam sikit, A adalah sangat behave heee. tapi kuasa Tuhan siapa dapat menolaknya. I'm happy for you, and I'm glad that we are going to end our single life in the same year, tapi of cos la u dulu.

semoga bahagia A! you are not lucky to have him, instead he is lucky to have you!

Tuesday, November 27, 2012

apekah ini???

Tetiba mood menulis ada mari. Sebenarnya aku menulis ni sambil di belenggui rasa bersalah tau. Aku patut buat assignment, tulis proposal, tapi aku tak reti buat. Tetapi jejari aku yang tak berapa nak runcing ni nak menaip jugak, tapi aku siyes tak tau nak buat. Dan akhirnya aku end up di sini T___T. jadi yang bersalah di sini kerana mengupdate blog ketika assignment banyak bukanlah aku, sebaliknya jejari ku yang gatal. Aku memang, tulis benda tak berfaedah laju je engko kan, wat assignment ada la dapat 1 huruf 1 hari, camni camno proposal ko nak siap???? Assignment banyak sampai satu hari aku rasa nak quit je master ni, hui tekanan betol. Tula orang nak amik master ko pon nak jugek, orang lain sah2 la rajin dan bermotivasi, ko tu cam habiskan duit simpanan yo. Hui tekanan aku dengar hati sendiri cakap camni. Sekarang week 12 adalah masa untuk menghantar assignment, dan setiap kelaz kena present. Camno aku nak bahagi masa nak buat assignment, slides lagi, practice cakap sowang2 lagi, apakah sume ni??? Dat’s why la aku sangat marah kalau ada orang senang2 beli master. Ko ingat nak dapat master ni senang? Ko pulak hulur duit je dapat dah kan? Ko tau tak ada yang masuk sepital tau sebab stress sangat! Aku emo ni tau tak sebab proposal aku tak jalan2 lagi. Pulak tu encik tunang tiba2 nak datang minggu depan nak ajak beli barang2 kawen. Haah kan, sebab master ni aku tak ingat aku tinggal berapa bulan je lagi nak tawen, malu la tite camni (geli muntoh!). dah tu cik abe bakpo la mu date tyme2 adek banyok assignment ni huwaa..nak tak bagi takut tecik hati. Adakah aku perlu membawak laptop sambil kuar beli barang tawen? Jadi maybe tyme cik abe tengah pilih barang2, aku bole duduk di satu sudut sambil menyiapkan keroje ku, 2 in 1 bebeh, tawen pon nak, tapi assignment jalan, cara tak? Merepek banyak ni, assignment ku memanggil2 sambil buat flying kiss. Eh tapi kan internet macam laju ini malam, apekah maksud nye? Bukak youtube jap, layan maharaja lawak mega jap, ala jap tau cik esemen, you dok diam2 atas meja k, japg I layan you.pffftttttt

Wednesday, June 20, 2012

Dpli/Kpli, betul ke susah?

Dpli/ kpli, betul ke susah? Assalammualaikum. Hai dah kenapa aku tiba2 tulis pasal kpli/dpli padahal ni bukan musim dia pun. Bukan, actually aku baru terbaca satu blog ni, entry dia ada ramai orang komen, kata kpli/dpli ni susah testnya sampai 4 5 kali ambik baru lepas. Hoi hoi tukang komen kau dah pernah ambik ke kpli/dpli ni? Aku dah pernah ambik dua2 ok, kau ada? Kau tak ada jadi jangan berani komen sebab orang macam kau ni melemahkan semangat orang2 yang betul2 nak jadi cikgu. Nanti dalam mind set dia orang, “kpli ni test nya susah boleh ke aku lepas?” Jawapannya ialah, iya memang susah! Frustrating kan sebab kau orang ingat aku nak cakap senang. Aku tak nak tipu, tipu tu berdosa. Kpli punya test memang susah bak hang. Soalan math dia siap ada kira luas isipadu sfera tanpa guna kalkulator. Aku memang la ingat formulanya tapi dulu masa form 5 aku guna kalkulator. Dan soalan analitikal nya agak kritikal, habis kertas soalan aku lukis, gambar arnab kambing semua terkeluar semata2 aku nak jawapan yang jelas (soalan analitikal memang kena lukis beb, kalau kau dok imagine tanpa lukis sampai besok pagi pon kau tak dapat jawapan). Tapi despite all these kesusahan, aku managed to pass the test sekali je, maksudnya kalau kau betul2 ada will, insyaAllah kau lepas. Biarlah kritikal mana pon soalan nya, yang penting kau usaha. Jangan la nak datang test kpli tu tangan kosong. Study la balik buku math kau yang dah berhabuk tu. And benda ni advantage sebenarnya untuk math/ engineering graduates, sebab benda asas math ni memang dia orang ada dalam kepala. Macam aku yang bukan math graduate ni, memang selongkar almari balik la cari buku math form 5. And for dpli, mashaAllah siapa yang kata test dia susah memang nak kena hempuk. Soalan dia pasal sahsiah diri je. Tak ada math2 ni semua. Masa nak jawab jadi diri sendiri je. Sebagai contoh soalan dia ‘saya seorang yang tidak gemar bergaul, ya/tidak’ kau pun hitamkan tidak sebab kau takut examiner tu condemn kau, in fact yang hakikat kau memang tak suka bergaul pun. Tapi kat soalan2 belakang, dia akan trick kau dengan soalan yang meaning nya sama tapi dia rephrase dengan words lain, contoh ‘saya amat mudah didekati, ya/tidak’ kau pun hitamkan tidak sebab kau rasa kadang2 kau ni reserve orang nya. Sekarang ni jawapan kau yang ni dah kontra dengan jawapan yang tadi. Jadi dia dah dapat kesan kau tu menipu. So jangan menipu. Kalau kau tak suka bergaul, jawap je ya, tak ada betul atau salah pun. Kalau kau menipu berkemungkinan kau akan fail. Mana yang fail pergi test dpli tu, maybe kau banyak sangat menipu tak? So siapa yang teringin nak ambik dpli or kpli, just go for it. Dengar la cakap aku ni, memang ada orang yang lepas the test dengan sekali go je. wassalam

Sunday, October 16, 2011

deactivating facebook!

I just deactivated my facebook. so through dis blog, dis blog is the only way on how I can reach the cyber world. i just don't need fb, it's not for me for sure. i don't know but recently I find fb brings so much about disadvantages rather than the advantages. people cursing each other, many inappropriate pictures displayed, and FB is sometimes being the medium for people to spread hatred and anger.I just don't need fb, that's all. I don't need to clarify reasons to hating something, or someone...

Thursday, March 24, 2011

Terlalu banyak idea sampai terupdate 2 kali

I nak cakap pasal Lost!!!ha in my previous entry I ada tulis pasal reality Tv ‘Survivor’ kan, I taktau la kenape tapi I berminat kalau cerita pasal orang stranded2 kt deserted island ni. Have I ever told you that I terasa cam best kalau dapat stranded sekali kt island camtu, tapi kalau bole nak la terdampar kat island yang ok2 sket,yang bole buat scuba diving ke, takmau la yang ade cannibal ke ape, haha bole pulak nak pilih2 island mane yang kau nak terdampar kan? Dah stranded tu stranded jela tak sempat nak pilih2 dah cik kak oi…
Lost…hmm dulu2 I tak tengok pon Lost sebab dulu belajar, memang takde mase nak tengok. I penah gak tengok iklan die kat AXN dulu, nampak dah muke2 orang terdampar on an island, tapi I tahan diri sendiri la jangan tengok sebab I kalau dah berminat ngan sesuatu cite tu, memang dah takleh di bawak berbincang langsung, japgi assignment ke mane kelas ke mane, ha jadi prevention is better than cure(proverb yang cam tak masuk langsung)..
Tapi bile I dah habis ni I tengok la, dah final season dah pon, kesian ngan diri sendiri sebab baru nak tengok. Tapi jangan risau! Youtube telah membantu I memahami ceritenye (kan I dah cakap kalau I dah suke satu2 cite tu, I akan berusahe jugak bagi paham, usahe tangge kejayaan). Bayangkan kalau I suke cite ni mase belajar dulu, kan I dah terpakse pilih same ade nak study ke nak tengok youtube…
Ok back to business, dalam Lost ni bole belajar macam2. Sebenarnye dalam idop ni kite banyak lost jugak. Bukan la kate kene stranded on an island dulu baru you consider yourself penah lost, bukan bukan camtu adek2. Contoh la you all tengah wat jalan kira add math, tibe2 tengah jalan korang stuck, tu pon kire lost gak. Contoh kedue, dalam kelas, tengah2 khusyuk2 dengar lecture, tibe2 you tringat petang ni nak beli ape kat pasar malam, pastu bile korang dah tersedar balik, lecturer tu dah masuk bab lain dah pon, tu pon lost gak, ha tu mule la buat spekulasi konon2 I cakap berdasarkan pengalaman sendiri kan? Tapi memang betul pon =’)
pendek kate banyak la kategori lost yang kite sendiri kadang2 tak sedar yang kite tengah lost. Yang kite tau kalo sebut lost tu maksud die ‘sesat’, macam tengah drive tibe2 sampai kt jalan yang kite taktau dah kat mane. Tak tak, lost ni luas maksudnye. Bile dah ‘lost’, seeking answer or solution is much important than pondering the cause. Macam contoh kt atas, dah lost mase wat kire2 add math, pegi la tanye membe ke, rujuk revision book ke, janganla kau dok termenung pikir camne kau bole lost. Kalau camtu sampai taun depan pon kau tak dapat nak selesaikan kire2 tu..
Lost tv series, cite camne the characters cope with their lost. Dan camne gak dorang lebih menghargai ape yang dorang ade selepas di beri second chance. Character yang I suka? Mestila Sun and Jin (portrayed by Yun Jin Kim and Daniel Dae Kim, Mr. Daniel please take note that your smile could kill me, ouch!). tapi so sad la sebab dorang jadi couple on screen je, kat luar masing2 dah berpunye.kalau tak pernah tengok lost, bawak2 la cari kat youtube, cerita die memang confusing sket, tapi InsyaAllah kalau tengok ngan mata hati, boleh nampak macam2 moral values yang ada~

You!!!

Salam!
Congratz Dora and Sal=)… I tak tau nak cakap ape dah pasal dorg, no words can describe it.. semoga b’bahagia sampai bila2. I memang rasa sangat excited nak gi kenduri dorg sebab ni first time I gi kenduri kawan2. Before this tengah study lagi so amat payah la nak balik perak attend wedding. Sekarang dah ada banyak masa, bole la pegi, lagi pun mak selalu kata kalau kita tak pegi kenduri orang, esok kita kenduri orang takmau datang kenduri kita.haipp takmau takmau, kenduri I mesti semua orang datang, yang I sendiri pon taktau bile nak kendurinye nye =’) pathetic me…
Ok yg kat atas tu hanyelah selingan je.. baru2 ni after wedding dorang, I pon kemas la laptop I yang berselerak macam tong sampah (benda2 berselerak ni bagi berat je tau). I pon buang la segala benda yang I rasa taknak dah. Movies yang dah terperam berapa taun pon I buang sekali. Punyala seronok mendelete, I tak pasan yang I terdelete novel I (which I dah tulis separuh ok), siap outline die sekali I terdelete. Dah la nak tulis dia amik masa, senang2 pulak pegi delete. I taktau nak marah sape, terpaksela I marah diri sendiri. Pathetic me kuasa lapan =’(
Kecewa la ngan diri sendiri, esok2 dah keja mane la sempat tulis lagi, lagi pun I tulis tu b’dasarkan true story mase I wat degree dulu, yang kenangannye masih fresh lg.esok2 kenangan tu dah terhakis, takleh tulis dah.hmm….
Dah la, takmau la tulis cite sedih dah. I ade cite yang tak sedih, tapi scary sket. I ni peminat cerita hantu, kegilaan (atau in English we call it ‘madness’) pade cerita2 antu ni start mase I degree. Pantang dapat external hard disk member, mesti cari horror movie dulu. Thriller Movie pon I suke jugak. Dulu suke sangat tengok ‘Saw’,tapi sampai ‘Saw 5’, orang tua tu pon dah mati, I pon rasa dah takda guna I tengok ‘Saw’ lagi, cewah ayat cam down je, macam la best sangat tengok orang tua tu. Memang banyak la movies camni yang I tengok, rumates I pon dah paham sangat dah, sebab tiap kali I ada horror movies I akan paksa dorang tengok sekali, sebab I ni walaupun suka, tapi tak pernah berani tengok sorang. Sorry rumates=’)
Sampai la baru2 ni, I ada t’baca Metro pasal sorang girl ni, dok cam whoring depan cermin. I tak ingat cerita dia camne, rumah die ade wat bace doa ke malam Jumaat. Die dok cam whore, mase snap tu takde pape. Mase die tengok balik satu gambar ni, ade 1 imej kat belakang die, pempuan betudung itam xde muke, muke die itam je (jelas la nampak dalam gambar tu, and I don’t think its super imposed). Makhluk tu kedudukan die macam tengah mengintai girl ni dari dinding.I taktau nak describe camne sebab kalo tengok gambar tu lagi paham kot. Fuh I pon cam terkesima jap, I banyak tengok horror movies, tapi ni cam lebih horror lagi dari movies yang I penah tengok. Sampai sekarang I teringat lagi gambar tu camne.
Btw, dorang ni pon makhluk Tuhan jugak, kewujudan dorang memang takleh dinafikan. Cume mende ni dah mengurangkan la minat I pade horror movies. Kalau dulu dasyat, kalo antare horror movie ngan assignment, I will pick horror movie over assignment, kalau tak tengah buat assignment teringat2. Buruk perangai. Dalam seminggu cam wajib kena tengok at least 1, tapi sekarang dah ok, last horror movie yang I tengok pon Khurafat, tupon cam bulan lepas je.
Wassalam!